Wednesday 15 February 2012

Apa Hukum Tidak Membaca Doa Qunut? Sah tak?


Maksudnya : “Ayahku pernah mengerjakan solat di belakang Rasulullah S.A.W ketika berusia 16 tahun, bahkan pernah bermakmum kepada Abu Bakar, Umar dan Uthman. Aku bertanya : Adakah Nabi S.A.W dan para sahabat itu pernah membaca doa qunut? Ayahku menjawab : ‘Tidak, wahai anakku. Itu hanya suatu yang diada-adakan.”
( Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Tirmizi menganggapnya sahih )
Dari Anas r.a, bahawa :

Maksudnya : “Nabi S.A.W tidak pernah berqunut ketika mengerjakan solat Subuh, kecuali ketika hendak mendoakan kebaikan atau kebinasaan ke atas sesuatu kaum.”( Riwayat Ibnu Hibban, Al-Khatib dan Ibnu Khuzaimah )
Keterangan yang mengatakan doa qunut ada dalam solat Subuh :

Mazhab Syafi’e pula menegaskan bahawa qunut ketika mengerjakan solat Subuh sesudah ruku’ pada rakaat kedua merupakan perbuatan sunat.

Dari Anas r.a, bahawa :

Maksudnya : “Rasulullah S.A.W senantiasa berqunut ketika mengerjakan solat Subuh hingga beliau wafat.”
( Riwayat Ahmad, al-Bazzar, ad-Daruquthni dan al-Hakim yang menganggapnya sahih )
Dalam Az-Zawaid menyebutkan perawi-perawinya hadith diatas sebagai thiqah. Dalam Zaad al-Ma’ad mengatakan hadithnya dhaif. Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Ja’far ar-Razi, iaitu seorang perawi yang lemah.

Maksudnya : “Anas bin Malik pernah ditanya : ‘Apakah Nabi S.A.W pernah berqunut ketika mengerjakan solat Subuh’? Dia menjawab : ‘Ya’. Kemudian beliau ditanya lagi : ‘Adakah qunut itu dibaca sebelum ruku’ atau sesudahnya’? Dia menjawab : ‘Qunut tersebut dibaca sesudah ruku’.”( Riwayat Bukhari, An-Nasa’i dan Ibnu Majah )
Tentang hadith di atas perlu dikaji semula, doa qunut yang dibaca itu kemungkinan doa qunut nazilah.

Bagaimanapun perselisihan ulama ini menunjukkan qunut itu termasuk perkara mubah ( boleh dilakukan dan ditinggalkan ). Imam Syafi’e pun hanya mengatakan doa qunut dalam solat Subuh hanya sunat iatu amat mengalakkan bukannya rukun atau wajib.

No comments:

Post a Comment