Masalah Belanja Kahwin Mahal
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Assalamualaikum uzar,
InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.

Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam
jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan
jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu
saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas.
Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang
hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?
Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.
Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.

Pemuda ingin tahu
JAWAPAN
Alhamdulillah
dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga
dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa
soalan yang diajukan:-
1.
Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang
terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan
berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang
berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan
hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan
menunjuk-nunjuk kekayaan. Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang
mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang
terbaik.
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :
إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang
kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam
konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran,
kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap
relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu
yang terasing.
2.
Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara
ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga
berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai
hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding
menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara
yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
3.
Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi
tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai
hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat
dari bank konvensional secara riba yang dikenakan ‘interest’, atau
membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara
membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk
memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut
hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa
dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari
sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang
di kemudian hari.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment