Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat
Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
“kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke
atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat
dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung
rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita
suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian,
peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air
tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak
biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan
solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi
petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir
tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.
Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware
apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah
syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali
(dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita
pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah
amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan
untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah
akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment