Kelmarin
saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan
seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih
dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan
begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai
para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman
mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka
dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita
semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ
عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ
لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا
لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya
: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka
pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan
maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka
ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau
syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan
demikian." (Riwayat Muslim)
Sebar
luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang
tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini. Tentunya tidak
semua lelaki menghadapi tekanan sampai sebegini rupa tetapi apa yang
pasti email di bawah adalah sebuah kisah benar yang saya petik dari
email saya.
Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Sept 2007
23 Syaaban 1428 H
Berikut adalah emailnya :-
__________________________________________________________________________
Assalamualaikum,
(minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh
dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan
mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak
dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan
dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri
(celakalah keatas kamu!!!).
95%
jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab
takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik
Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya,
tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah
macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai
membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap
hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara
jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!!
berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu,
saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang
berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup..
maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi
hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa
segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak
terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak
meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri
pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall..
kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi
kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu
tapi belum mampu lagi...
Kepada
kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. .
kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana
perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan
orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku
mampu bertahan..
No comments:
Post a Comment