Hukum
Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama
dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di
Malaysia.
Apa
yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi
dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia
merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang
ada disekeliling kita.
1) Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.
Untuk
makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada
1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta
dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1.
Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh
kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di
Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati
pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya
adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.
a- Ihya Ulumiddin
b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie
2.
Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam
keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu
ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari
sudut individu.
Ahli
mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus
dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah
halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu
(sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia
adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada
ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal.
Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang
bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
1. Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-
1.
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan
perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil
keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Demikianlah
dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun
dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya
menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-
1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad
pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau
‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang
didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan
kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di
awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam
pelaburan ASB.
Perlu
disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka
seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di
dalam industri halal atau haram.
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
Termaktub
bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini
bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat
pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha
‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para
pelabur.
Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.
Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.
Keistimewaan
jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab
juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai
Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa
modalnya terjamin.
Menurut
Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak
mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa
modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat
kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah
Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).
Manakala
menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan
kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf,
Al-Mardawi, 5/313)
Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-
a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-
a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)
3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Ia
bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana
ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-
1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %
Majlis
Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam
mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah
kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau
tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had
larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.
Saya
tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis
tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah,
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan
sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan
tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.
Namun,
Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis
panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli
sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut
( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):
"
The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August
1996, discussed the status of companies running a mix of permissible
and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with
some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by
SAC. ..............
.....
iii. The core activiies of the company have importance and maslahah (
benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram
element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common
plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are
accepted by Islam..
Based
on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a
guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is
whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies,
because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even
so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the
upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will
be considered excessive"
Justeru,
jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional
iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan
badan berwibawa ini.
Hakikatnya,
masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh
dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi
bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit,
daripada banyak tapi haram
Ada
sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat
kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara
kepada bumiputra secara mudah.
Namun
bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang
dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan
cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.
Imam
Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan
panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai
maslahat:-
1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.
Justeru
amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter
pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam
Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di
lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB
Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh
tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.
Ini
bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi,
bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada
anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini,
anda juga bebas.
PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB
Walaupun
isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika
anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan
ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua
mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional
tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi
kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam
No comments:
Post a Comment