SOALAN
hamka rashid <hj_hamka@yahoo.co.uk> wrote:
salam..
1. mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..
1. mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..
2.
hukum ASB? setahu saya PUM memfatwakannya haram, tapi Datuk Mahmud
Zuhdi kata boleh (jika saya tidak silap, kalau salah tolong betulkan
statement ini), jadi boleh tak ustaz senaraikan alternatif tempat lain
yang halal untuk melabur..
syukran
syukran
JAWAPAN SOALAN PERTAMA ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)
Jawapan seperti berikut :-
1)
Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini
kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol
najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu
najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai
Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan &
minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati
bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya
kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu
dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam
An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul
Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas
mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak
adalah kernana ia dihukum sebagai najis"
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1)
Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158)
menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju
seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2)
Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid
(2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh
digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3)
Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam
An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar
70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured
alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila
rujuk Denatured Alcohol .
Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis
ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan
‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka
kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar
arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa
seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya,
menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak
menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di
atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti
Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN,
AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT
PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI
DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di
dalam solat.
Cuma
sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak
menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya
hanya menumpukan isu hukum alkohol.
JAWAPAN SOALAN KEDUA (SENARAI PELABURAN ISLAM ALTERNATIF)
2) Hukum ASB dan alternatif pelaburan lain, anda boleh rujuk di web saya http://www.zaharuddin.net/ di bahagian soal jawab agama semasa, atau terus ke pautan berikut :-
Sila buka satu demi satu menurut turutan :
Pelaburan Islam alternatif yang telah di 'COP' HALAL:-
a)
Anda boleh buka akaun pelaburan di mana-mana Bank Islam di Malaysia,
cuba buka senarai bank dan perbankan islam yang menawarkan tabung
pelaburan Islam Mudarabah di pautan berikut:-
b) Anda boleh melabur di luar negara di Tabung Pelaburan yang Menuruti Shariah di (PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 1) atau ( PELABURAN ISLAM LUAR NEGARA 2 )
c)
Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di
tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain
Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham
Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-
Adapun,
untuk mengetahui cara membeli, terpaksalah anda membuat sedikit usaha
mencari nombor syarikat-syarikat dan institusi terbabit. Dengan ini saya
harap, tiada lagi individu yang mempertikaikan tiadanya alternatif
untuk pelaburan yang memenuhi syarat-syarat Shariah. Jika anda keliru
dan was-was untuk menggunakannya walaupun ia telah di sahkan halal oleh
Majlis Penasihat SC atau Institusi-institusi yang menawarkan itu, anda
bolehlah membaca artikel saya bertajuk " Haruskah guna sesuatu dengan
tanda 'halal" atau "islam" tanpa selidik?" atau terus buka di pautan :-
No comments:
Post a Comment