Malang Menunggu Pengguna
Bank Konvensional Riba
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Harga
minyak dijangkakan akan terus naik, demikian juga yang dinyatakan oleh Menteri
Kewangan Kedua. Walalupun di ketika ini Bank Negara Malaysia menyatakan, kadar
pinjaman asas (BLR) masih lagi mampu dikekalkan, namun jika keadaan peningkatan
berterusan dan inflasi bertambah naik. Kadar BLR pasti tiada jalan lain kecuali
naik juga.
Kadar
inflasi kini pada 4.8%. Menurut Prof Dr Arief, Pengarah Eksekutif MIER.
"kami
menjangka kadar inflasi akan berlegar-legar antara empat hingga lima peratus,
punca utama ialah kenaikan kos pengangkutan kerana semua aktiviti termasuk
pertanian perlu diangkut ke sana kemari dan ini akan melonjakkan harga
barangan. Kadar faedah negara pula akan dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia
(BNM) bagi menyekat kenaikan kadar inflasi dan dijangka berada di bawah lima
peratus, bergantung kepada sejauh mana kadar inflasi naik.
Ini
bermakna, jika harga minyak naik lagi, inflasi akan turut naik sebagaimana inflasi
naik kepada 4.8 % apabila kenaikan 5 Jun 2008 baru-baru ini.
Tatkala
itu, BLR akan terpaksa naik juga akhirnya jika inflasi menokok kepada 5 % atau lebih. Semua menjangkakan harga minyak akan naik lagi dan lagi. Apabaila ia naik, satu berita BURUK buat sesiapa
sahaja yang terlibat dengan pinjaman rumah secara konvesional, pinjaman
perniagaan dan lain-lain.
Tekanan intuk menaikkan kadar faedah asas semakin kuat, ia juga dilaporkan oleh media seperti berikut :-
Impak inflasi terhadap kos bahan api dan tarif elektrik akan menyaksikan
perubahan struktur dalam ekonomi dan ia akan memberi tekanan kepada
Bank Pusat untuk menaikkan kadar faedah bagi membendung kadar faedah
negatif ke atas deposit, yang akhirnya akan meningkatkan kadar
pinjaman, katanya. (rujuk)
AKHIRNYA
Selain
dari kehancuran dari sudut spiritual dan hilangnya rahmat Allah swt, individu
terlibat ini juga akan terperangkap dalam kiraan BLR yang semakin naik.
Telah
kita ingatkan berkali-kali kelebihan ban-bank Islam yang tidak bergantung
kepada BLR.
Benar
ada bank-bank Islam yang kelihatan menggunakan BLR, tetapi ia tidak sama dengan
apa yang digunakan oleh bank riba. BLR hanyalah digunakan dalam penentuan
bayaran bulanan, iaitu untuk menentukan ada diskaun atau tidak, atau dalam
sebahagian produk lain, untuk menentukan berapa harga sewaan yang akan
dikenakan kepada pelanggan. Namun semua bentuk yang digunakan oleh bank-bank Islam
WAJIB ada ceiling, lalu jika BLR melebihi
kadar ceiling, ia akan tersekat di sana sahaja, tidak seperti bank konvensional.
Pelanggan di bank-bank Islam masih
boleh menarik nafas lega walalupun bila BLr naik, tidak bagi pelanggan
konvensional
Jika anda rasa kurang faham dan merasakan bank-bank Islam lebih mahal, anda WAJIB membaca dua artikel saya yang berikut :-
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
10 Jun 2008
Berikut
petikan artikel saya yang lalu, untuk ingatan kembali:-
Gambar
: Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006
Bagaimana
apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku
ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh
pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank
Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat
dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam
memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu
dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6
peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan
ekonomi.
Ada
pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan
berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus
bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki
membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang
yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang
sekadar cukup makan setiap bulan.
Perlu
diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan
dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok
akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak
banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu
telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam
sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan
didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.
No comments:
Post a Comment