Islam dari Nik Aziz sama dengan Arab - Duta Jepun
Salmah Mat Husain,
24 Mei 2012
(Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)
KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima
penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi.
Katanya, sewaktu
menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh
pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan
sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.
Beliau berkata
demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat
Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.
“Penjelasan
tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang
pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka
ketika menjadi duta di sana,”ujarnya.
Terdahulu Tuan Guru
berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat
fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak
benar.
Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.
“Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat
ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap
kerana rasuah,”ujarnya.
Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.
Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.
Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji
kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali
batek.
Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat
Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah
muzium dan lain-lain lagi.
Turut hadir dalam pertemuan itu
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi
Abdullah.
No comments:
Post a Comment