Terdapat
beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada
dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam
situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat
lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya
: Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama
Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di
bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”
sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah
sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3
kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” (
Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi :
Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin
saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim
a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk
rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari
hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI :
ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU
FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya
: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan
Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga
ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan
lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu
apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah
dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru,
seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk
beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa
ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah
lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa
yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru,
jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh,
berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan
Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan
kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita
itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.
No comments:
Post a Comment