Kota
Bharu – Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena
kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar
Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti
rugi RM150,000.
Gambar: Ibnati Solihatul Nuri melihat kesan kecederaan pada mata suaminya, Mohd Huzaifah yang kini terpaksa pakai mata palsu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti
rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22,
berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya
adalah akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata yang dilepaskan
pihak defendan atau ejen-ejennya.
Beliau berkata, selain
keterangan daripada saksi pihak plaintif, rakaman video oleh seorang
saksi bebas yang juga penonton perlawanan bola sepak itu, menunjukkan
berlakunya tembakan peluru gas pemedih mata ke arah gerai plaintif.
Berdasarkan rakaman itu, plaintif rebah sejurus tembakan itu dilepaskan dan beliau kemudian dipapah oleh orang ramai.
MUHAMMAD Huzaifah menunjukkan mata kanannya yang buta dan digantikan dengan mata palsu.
Bagaimanapun, Hakim Ahmad Zaidi berkata pihak defendan yang hadir di
tempat kejadian bukan bertujuan untuk mencederakan plaintif tetapi untuk
menyuraikan rusuhan yang berlaku selepas perlawanan bola sepak antara
Kelantan dan Negeri Sembilan itu.
Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM20,000.
Pada 6 Ogos 2009, Muhammad Huzaifah menamakan pegawai Unit Simpanan
Persekutuan (FRU) ASP M.Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Plaintif menuntut rugi am,
ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta selain faedah, kos dan
relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif diwakili peguam Marwaliz Mahmud manakala kesemua defendan oleh Peguam Persekutuan Rohaiza Zainal.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir
Tok Kambing di sini, yang ditemani isterinya Ibnati Solihatul Nuri Mat
Taib, 22, berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu setelah menunggu
sekian lama. – Bernama
Posted by greenboc
Kota
Bharu – Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena
kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar
Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti
rugi RM150,000.
Gambar: Ibnati Solihatul Nuri melihat kesan kecederaan pada mata suaminya, Mohd Huzaifah yang kini terpaksa pakai mata palsu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22, berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya adalah akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata yang dilepaskan pihak defendan atau ejen-ejennya.
Beliau berkata, selain keterangan daripada saksi pihak plaintif, rakaman video oleh seorang saksi bebas yang juga penonton perlawanan bola sepak itu, menunjukkan berlakunya tembakan peluru gas pemedih mata ke arah gerai plaintif.
Berdasarkan rakaman itu, plaintif rebah sejurus tembakan itu dilepaskan dan beliau kemudian dipapah oleh orang ramai.
MUHAMMAD Huzaifah menunjukkan mata kanannya yang buta dan digantikan dengan mata palsu.
Bagaimanapun, Hakim Ahmad Zaidi berkata pihak defendan yang hadir di tempat kejadian bukan bertujuan untuk mencederakan plaintif tetapi untuk menyuraikan rusuhan yang berlaku selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu.
Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM20,000.
Pada 6 Ogos 2009, Muhammad Huzaifah menamakan pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ASP M.Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Plaintif menuntut rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif diwakili peguam Marwaliz Mahmud manakala kesemua defendan oleh Peguam Persekutuan Rohaiza Zainal.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, yang ditemani isterinya Ibnati Solihatul Nuri Mat Taib, 22, berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu setelah menunggu sekian lama. – Bernama

No comments:
Post a Comment