Seorang
LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke pekan,
sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayuran, buat
menyara hidupnya.... Itulah kerja hariannya... Selesai berjual, DIA AKAN
SINGGAH DAHULU KE MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur, sebelum
pulang ke rumah... Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu
akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID... Ini
dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan
lalu... Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang
kekampungnya....
JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat
keadaan lelaki tua itu.... Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk
membersihkan daun2 itu setiap pagi... Tujuan mereka, usaha itu akan
membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan
halaman masjid itu.... Rupanya, niat baik it
u
telah membuat LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH.... Dia bermohon
supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti
biasa... Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk mesjid
tersebut, katanya... Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi
berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih....
Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam mesjid datang
kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua
tersebut menjawab: “SAYA INI ORANG BODOH, TUAN.... Saya tahu amal saya
ini kecil sahaja.... Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA
SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM... Setiap kali saya
menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah
sollallahu `alaihi wasallam... Kelak jika saya mati, SAYA INGIN
RASULULLAH MENJEMPUT SAYA... Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa
saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu `alaihi
wasallam..”.. Kata lelaki tua itu dengan hiba... Air matanya mengalir
turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu.... Pak Imam itu
juga turut merasa sebak, kerana terharu.... ALLAHU AKBAR....
Allah SWT berfirman :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI... Wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya..
“...(Surah Al-Ahzab 33: 56)....
Rasulullah SAW bersabda : “Tidak
seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan
kepada ruhku, sehingga aku menjawab salam itu...”.. (HR Abu Dawud dari
Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih).
No comments:
Post a Comment