SOALAN
Sebuah
rumah itu masih lagi di dalam pembiayaan saya dengan pihak bank. Setiap ansuran
bulanan harus saya jelaskan.
Maksud
soalan saya yang seterusnya itu adalah sekiranya selepas 4 bulan bakal pembeli
masih tidak dapat menyelesaikan urusan pinjamannya tetapi masih ingin membeli
rumah tersebut, adakah dibolehkan penalti ke atas pembeli dengan dikenakan
bayaran seperti mana jumlah saya membayar kepada pihak bank.
Ini
kerana kelewatannya menyebabkan saya berterusan membayar kepada pihak bank. Untuk
pengetahuan ustaz, kontrak jual beli telah ditandatangani oleh kedua-dua belah
pihak. Dalam kontrak tersebut dinyatakan tempoh kepada pembeli untuk
menyelesaikan urusan pinjaman/pembiayaannya. Terima kasih
JAWAPAN
Inilah
masalah teknikal yang berlaku di dalam sistem pembelian, undang setempat di malaysia,
kelewatan birokrasi menyebabkan kesukaran untuk mengikuti panduan hukum Islam
dengan tepat dan jelas.
Begini,
dari sudut pandangan Islam, rumah tersebut sepatutnya sudah dimiliki oleh
pembeli sejurus kontrak ditandatangani, justeru semua tanggungan ke atas rumah
itu sepatutnya di dalam tanggungjawab pembeli.
Cuma
dalam proses biasa pembelian rumah Malaysia, setiap rumah yang dibeli melalui
pinjaman bank sama ada Islam atau konvensional, rumah tersebut akan dicagarkan
kepada bank. Untuk melepaskan bank dari cagaran, semua hutang berbaki mesti
diselesaikan oleh pembeli secara tunai melalui bank yang diguna oleh pembeli.
Selagi jumlah belum dibayar, selagi itu, pemilikan rumah masih belum dilepaskan
dari cagarannya, kesannya ia masih belum boleh bertukar pemilik secara sah dan
selagi itu pula kunci rumah tidak akan diberikan kepada pembeli.
Dalam
sudut Shariah, ia masih bertepatan dengan hukum Shariah, kerana menurut
hukumnya, untuk bertukar pemilik secara sah, sesebuah rumah yang dijual
mestilah bebas dari sebarang ‘tanggungan' kepada pihak lain.
Dalam
kes penyoal, hakikatnya rumah masih belum clear pemilikannya kepada pembeli disebabkan cagaran penjual kepada pihak ketiga
(dalam kes ini iaitu bank penjual).
Namun
akibat kelewatan pihak bank yang digunakan oleh pembeli (biasa berlaku ni)
untuk redeem atau bayar penuh harga
rumah kepada bank asal penjual (proses discharge),
hutang penjual kepada bank masih wujud.
Maka
atas sebab itu, pihak PENJUAL masih perlu membayar hutangnya kepada pihak bank,
walaupun lewat, tanggungjawab pembayaran masih tertakluk ke atas penjual, dan sefaham
saya, jika bayaran penuh harga dibayar oleh pihak bank pembeli melebihi dari
jumlah asal (kerana 4 bulan bayaran ansuran telah dibuat oleh penjual), pihak
bank PERLU memulangkan bayaran 4 bulan tersebut kepada penjual.
Contohnya
untuk lebih mudah faham (bagi mereka yang belum pernah membeli rumah), katalah
jumlah hutang berbaki penjual kepada banknya adalah RM50,000 sahaja. Sepatutnya
semua jumlah itu akan diselesaikn oleh pembeli melalui banknya, tapi akibat
lewat birokrasi dan urusan, penjual terpaksa terus membayar selama 4 bulan,
sebagai contoh semuanya bernilai RM 4,000. Maka ini akan menyebabkan jumlah baki hutang menurun kepada RM 46,000.
Padahal jumlah yang sedang diuruskan untuk dibayar kepada pembeli adalah RM 50
ribu.
Maka
jawapan bagi soalan dalam konteks ini,
PENJUAL
tidak boleh mengenakan bayaran empat bulan tersebut kepada pembeli kecuali,
NAMUN pembeli boleh menuntutnya semula dari pihak bank pembeli apabila mereka
menerima RM50,000 dari pihak penjual.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
19
Ogos 2009
28
Sha'ban 1430 H
No comments:
Post a Comment