Soalan
Antara
alasan mereka yang tidak mahu menggunakan pinjaman perbankan Islam
adalah kadar BFRnya juga tidak tetap. Bolehkan perbankan Islam berbuat
demikian?
JAWAPAN
Sebenarnya soalan ini telah pernah saya jawab satu ketika dahulu di sini. Namun saya cuba menerangkan sekali lagi dalam huraian yang sedikit berbeza.
Ini
adalah satu fakta yang sering gagal difahami orang awam. Sebenarnya
apabila bank Islam menggunakan Base financing Rate (BFR), itu adalah
merupakan kelebihan kepada pelanggan. Begini, BFR digunakan untuk produk
yang pelbagai disebabkan buat masa ini semua perbankan islam beroperasi
di bawah payungan system kewangan konvensional. Justeru, dalam hal
menentukan jumlah keuntungan yang disasarkan oleh sesebuah produk,
rujukan dilakukan kepada Base Lendng Rate (BLR) konvensional,
namun ia dinamakan BFR kerana perbankan Islam hanya menggunakan BLR
untuk semakan harga pasaran di dalam Malaysia, lalu istilah itu ditukar
kepada BFR kerana bank-bank Islam tidak memberi pinjaman (lending)
tetapi memberi pembiayaan (financing) melalui kontrak-kontrak yang sah
di sisi hukum Islam. Antaranya mereka menggunakan kontrak BBA, selain
itu ia juga diguna untuk produk AITAB (Sewa beli), Musharakah
Mutanaqisah dan lain-lain.
Tanpa
ingin menyentuh apa-apa isu berkaitan kesahihan kontrak dan produk itu
(kerana semuanya telah panjang lebar dibicarakan), jawapan ini hanya
memfokuskan jawapan ringkas yang terus menjawab soalan sahaja. Tanpa
merewang kepada isu-isu lain.
Pengguna perlu memahami jika BFR itu digunakan dalam produk di bawah kontrak BBA, ia jelas satu advantage
kepada pelanggan kerana kontrak BBA mewajibkan bank dan pelanggan
bersetuju atas satu harga yang akan dibayar secara ansuran pada masa
hadapan. Harga tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi kadar peratusan
(rate) agar ia sesuai dengan system yang sedia ada di Malaysia. Biasanya
kadar harga jualan (untuk pembiayaan rumah) yang termeterai di dalam
kontrak dikenakan oleh bank-bank Islam akan berada pada paras 8 – 10%
(kiraan secara monthly rest).
DIMANA GUNANYA BFR?
Setelah
itu, bank itu akan memberikan komitmen bahawa pembayaran bulanan yang
perlu dilakukan oleh pelanggan akan dirujuk kepada BFR.
Katalah
kadar asal dipersetujui adalah 10 %, ( kadar ini biasanya kurang
disedari oleh pelanggan kerana amat ramai yang tidak membaca kontrak
mereka), seterusnya pihak bank biasanya akan memaklumkan pembayaran
tahun pertama, kedua dan ketiga adalah BFR – 1 %.
Maka
jika BFR berada pada kadar 6.25 peratus. Ini bermakna pelanggan hanya
perlu membayar 6.25 % - 1 % = 5.25 peratus sahaja. Walhal kadar asal
YANG DIPERSETUJUI adalah 10 peratus. Itulah yang dinamakan rebate
atau diskaun bagi memastikan kadar yang dikenakan oleh bank-bank Islam
kekal kompetetif dengan kadar bank-bank Konvensional. Itu yang perlu
difahami oleh pelanggan,
BFR
adalah satu mekanisme yang diguna bank Islam untuk mengira diskaun yang
boleh diberikan kepada pelanggan. Dalam contoh kita tadi bermakna
pelanggan diberi diskaun sebanyak 4.75peratus untuk bulan tersebut, jika
tiba-tiba BFR turun pada bulan hadapan, jumlah diskaun akan mengembang
juga, demikian sebaliknya tetapi sekiranya BFR meningkat melebihi 10
peratus, Bank Islam akan terhad kepada caj 10 peratus sahaja kerana
itulah kadar asas (maksimum) yang telah dipersetujui. Bukankah itu amat
baik untuk pelanggan?
Jika
kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank Islam tetap hanya akan
mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan
menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun.
Kaedah
dan penggunaan ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah
bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk
sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic
Banking, RHB Islamic Bank dan banyak lagi bank Islam yang lain.
Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR :Contracted Profit Rate
Justeru
jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi
tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank
konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini
kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun
oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR
melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada
bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak
berlaku di bank konvensional.
JIKA PELANGGAN INGIN TAMATKAN AWAL
Dalam
pembiayaan perumahan, asset atau kenderaan yang tempoh matangnay selama
30 tahun, 10 tahun atau 9 tahun. Jika tiba-tiba pelanggan dalam tempoh 5
tahun sebagai contoh, ingin menjual asset terbabit. Resolusi Majlis Shari’ah bank Negara Malaysia
telah mewajibkan semua bank-bank islam untuk memberikan diskaun kepada
pelanggan mereka di ketika pelanggan menamatkan kontrak hutang mereka
sebelum tempoh matang. Baca lanjut. Kiraan diskaun biasanya mengikut
formula yang telah sedia ada di dalam system komputer bank-bank.
Ini
bermakna, inshaAllah kita tidak akan mendengar lagi keluhan, mana-mana
pelanggan pembiayaan perumahan dan lain-lain aset dari bank Islam, yang
ingin menamatkan tempoh pembiayaannya sebelum tempoh hujung, tetapi
dikehendaki membayar harga penuh maksimum yang sepatutnya dibayar untuk
tempoh matang pembiayaan, sebagai contoh biasanya pembiayaan perumahan
mencecah tempoh 25 tahun.
Isu
mengapa bank Islam layak mengambil keuntungan kerana bayaran beransur
oleh pelanggan telah dihurai dalam artikel sebelum ini. Buka sini.
Selain
itu, orang ramai juga tidak boleh membandingkannya di antara satu bank
dengan bank yang lain kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih
pelbagai lagi, bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda
hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90
peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan
mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
Kesimpualan jawapan kepada soalan, majoriti pakar Shari’ah di dalam
dan luar Negara bersetuju dengan penggunaan BFR dalam system penentuan
harga, keuntungan dan diskaun yang akan dikenakan oleh bank Islam. Dalam
masa yang sama usaha berterusan sedang dijalankan untuk mengusulkan
sistem benchmark Islam yang tersendiri. Boleh buka artikel ini untuk bacaan lanjut dalam hal tersebut.
Usaha penambahbaikan sentiasa berjalan, namun ia memakan masa dan kerjasama serta kefahaman dari banyak pihak.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment