Hukum
sijil simpanan premium telah lama ditanya kepada saya. Sekitar tahun 2006 saya
pernah memberikan respon ringkas namun tidak mempunyai kata putus disebabkan
kekurangan informasi.
Dari
masa ke semasa saya masih sesekali meninjau perkembangan Sijil Simpanan Premium
ini. Sebagai yang pernah saya sebutkan di dalam ulasan sebelum ini, beberapa
perkara perlu dilihat untuk menentukan status hukum bagi Sijil Simpanan
Premium, iaitu :-
- Wang terkumpul hasil simpanan orang ramai, ke mana dilaburkan? Dan siapa yang memantau?
- Apakah kontrak yang digunakan antara penyimpan dan pihak BSN ? Adakah wadiah, mudarabah atau Qard?
- Hadiah yang ditawarkan melalui cabutan adakah ia judi ?
- Adakah produk Sijil Simpanan Premium ini diletakkan di bawah BSN Islamic Bank dan telah mendapat pengesahan Majlis Shariahnya?
Tanpa
maklumat yang mencukupi, kesemua empat perkara tersbeut di atas tidak akan dapat
disemak dengan adil lagi tepat. Hasilnya saya gagal memberikan sebarang
pandangan berkenaan statusnya.
PERKEMBANGAN
Namun
demikian, pada awal tahun 2008, saya bertemu dengan seorang bekas Pegawai BSN
Islamic Banking di Pesta Buku Antarabangsa, ketika itulah saya mula mendapat
lebih banyak maklumat dari bekas orang dalam BSN sendiri. Beberapa persoalan yang
kabur sebelum ini telah terjawab. Tatkala itu status hukum untuk SSP yang mampu
saya rumuskan adalah, ia adalah tidak patuh Shariah atau dalam kata lainnya, ia
haram kerana wang yang terkumpul dilaburkan secara halal dan haram tanpa
sebarang pemantauan. Saya juga dimaklumkan tiada sebarang kontrak jelas antara
penyimpan dan BSN, serta produk ini tidak disahkan oleh Majlis Syariah BSN
Islamic.
Namun
demikian, saya masih sukar untuk menulis apa-apa secara terbuka kerana
kebanyakan maklumat adalah secara verbal tanpa bertulis.
Sehinggalah
Julai 2009 ini, satu Seminar Kewangan Islam akan dianjurkan oleh USIM. Saya
turt menyumbang satu kertas kerja untuk pembentangannya pada 16 Julai 2009,
namun kemungkinan besar saya tidak dapat hadir. Cuma sewaktu meneliti
tajuk-tajuk pelbagai kertas kerja para pembentang saya terlihat satu tajuk yang
berkaitan iaitu :-
"The
Issue of Gambling in Premium Savings Certificate (Sijil Simpanan Premium)
of Bank Simpanan Nasional in Malaysia: An analysis from the Shari'ah
perspective"
Saya dengan segera menghantar
email kepada penulisa dan pembenatnag yang juga merupakan Pengerusi Majlis
Penshaiat Syariah BSN Islamic.
Dan berikut adalah petikan email
beliau kepada saya memberitahu hasil kajiannya :-
Sebenar ada berberapa isu Syariah berkaitan SSP antaranya:
- 1- Persoalan sama ada SSP ada unsur perjudian, tetapi berdasarkan operasi SSP, tiada judi.
- 2- Qard, kerana dari segi perundangan, akaun SSP adalah satu qard daripada BSN, so BSN tak boleh janji sebarang hadiah kerana "Kullu qardin jara naffan fahua riba".
- 3- Investment, diurus secara konvensional, bercampur-aduk riba dan non-riba. Lagi pun BSN sendiri dari segi pentadbiran dan akaun memang menganggap SSP sebagai produk konvensional.
Solutionnya ialah mengikut apa yang dilaksanakan oleh Bank Islam,
kerana kebetulan yang design "SSP-i" asalnya staff BSN, kemudian
berpindah ke Bank Islam.
Bagi sesiapa yang inginkan perbincangan
dan perdebatan lanjut berkenaan hal ini, hadirlah ke pembentangan kertas kerja
tersebut di persidangan ini .
KESIMPULAN
Jika demikian, hasil kajian beliau
adalah sama dengan hasil kajian awal saya cuma tidak mampu saya coretkan secara
bertulis kerana ketiadaan autoriti dan bukti bertulis.
Saya bersetuju bahawa hadiah
kereta dan sebagainya yang diberi melalui cabutan nombor sijil yang dipegang
oleh penyimpan adalah bukan judi. Ia jelas kerana pihak penyimpan tidak
mengalami sebarang kerugian walau tidak terpilih. Justeru ia bukan judi yang sifatnya
mendedahkan peserta kepada rugi jika tidak terpilih, untung jika menang. Hal
itu tiada dalam sistem cabutan SSP.
Saya juga bersetuju bahawa kontrak
di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman, Justeru, sebarang
hadiah atau dividen yang dijanjikan oleh BSN (jika ada) adalah riba berdasarkan hadis dan ijma ulama.
Saya juga bersetuju bahwa apabila
wang terkumpul disalurkan kepada pelaburan bercampur halala hdan haram, ia sama
sekali TIDAK PATUH Shariah YANG TIDAK BOLEH disertai oleh mana-mana orang
Islam.
Justeru itu, apakah hukum Sijil
Simpanan Premium BSN ?
Saya difahamkan pihak BSN Islamic
sedang bertungkus lumus memperbaiki system sedia ada SSP kepada cara dan keadah
Islam. Sementara belum wujudnya produk SSP Islam, menyertai SSP yang sedia ada
adalah sama seperti menyimpan di dalam sebuah akaun riba di mana-mana bank
konvensional. Hukumnya juga adalah sama, iaitu haram, menyertainya juga haram.
Majlis Syariah BSN Islamic juga
tidak memberikan sebarang pengesahan patuh Shariah kepada produk SSP ini. Saya
juga difahamkan bahawa pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan
mereka sedang melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment