Poligami Secara Rahsia : Ok ?
Assalamu'alaikum wa rahmatullah
Ana
perlukan nasihat ustaz dalam sedikit hal peribadi. Ana dalam proses
berkenalan dengan seorang lelaki ke arah mendirikan rumahtangga
insha'Allah. Ana kenal dia mula-mula semasa sejak 4 tahun lalu dan kini
saya bekerja di satu ofis dengannya.
He
proposed during the last month to be his second wife. Ana tidak
tertutup pada poligami dan telah membuat istikharah. Alhamdulillah
walaupun amat berdebar semasa hendak memberitahu keluarga, Allah telah
memudahkan proses pada pihak keluarga ana. Alhamdulillah ahli keluarga
telah memberi persetujuan awal.
Kini
kami dalam perbincangan untuk menjalankan perkara ini dengan cara
terbaik, sedikit cabaran awal yang kami hadapi. Dia bercadang untuk
bernikah dahulu dan kemudian memberitahu isteri dan anak-anaknya as the
right time comes by, because:
1.
Dia amat rapat dengan anak-anaknya dan dia tidak mahu berita yang
surprising ini merosakkan hubungan mereka dan risau akan menjejaskan
pelajarannya. He plans to convey it to his child at least when the
eldest one has finished the secondary school i.e. lebih kurang dalam
setahun setengah lagi.
2.
Isteri pertama beliau tidak begitu menerima idea poligami. So he needs
time to convey it to his wife but not immediately. That's why he is
looking at bernikah dahulu dan memberitahu kemudian....kami belum
berbincang tarikh pernikahan etc....we still have a lot of things to be
discussed
Semalam
semasa berbincang dengan family, mereka sarankan memberitahu isteri
pertama dahulu sebelum bernikah which even i would be more comfortable
with however i do understand the concerns he's facing, he may be able to
convey it to his wife but is worried about his son....Allahu a'lam.....
Ana
sendiri walaupun tidak kenal dengan isteri dan keluarganya. I care and
love for them, i want them to continue living a happy live.....only the
family is growing bigger now.....ana tidak mahu menjadi penyebab
retaknya hubungan mereka yang telah lama terbina.
Semasa
menerima proposal darinya ana sudah pun terbuka untuk menangani cabaran
yang dijangka, perlukan nasihat dari ustaz untuk menangani cabaran ini
dengan lebih baik....sebarang pandangan dan nasihat ustaz amat
dialu-alukan.
Jazakallahu khaeeran katheera and please make do'a for me.....
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Sebelum
itu, saya terpaksa mengakui bahawa saya bukanlah orang yang cekap dan
berpengalaman dalam kaunseling bab rumahtangga. Bagi tidak mengecewakan
saya akan cuba memberikan beberapa ulasan terhadap perkara terpenting
sahaja (menurut penilaian saya dari info yang diberikan).
Pertamanya : Tahniah saya ucapkan dengan berita yang baik buat saudari.
Keduanya
: Elok juga jika saudari dapat cuba merisik samada ia mempunyai masalah
dengan isteri pertamanya. Saya pasti, kaum wanita biasanya ingin
mengetahui mengapa lelaki ini ingin berpoligami, adakah kerana isteri
pertamanya tidak sihat atau apa?. Tetapi bagi saya, ini bukanlah perkara
yang begitu penting untuk dicari kerana keinginan berpoligami adalah
salah satu sifat asas bagi kebanyakan lelaki dalam banyak keadaan. Ia
tidak perlu dihairankan. Tidak kiralah samada kerana isteri pertamanya
sakit, ingin meramaikan zuriatnya, untuk mengawal nafsunya, untuk tujuan
membantu dan lain-lain, ia adalah biasa kecuali jika ia ada
kemungkinan disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak baik.
Ketiganya
: Berterus terang, saya adalah salah seorang individu yang berpegang
bahawa poligami yang terbaik lagi menurut sunnah adalah poligami yang
dilakukan dengan pengetahuan isteri pertama. Amat tidak digalakkan
'sorok-sorok' dalam poligami, demikian kefahaman saya.
Tidak
dinafikan bahawa tindakan menyorok dan mendedahkan mempunyai pro dan
kontra yang panjang lebar jika ingin dibincangkan. Kedua-duanya
mempunyai target dan Maqasid Syariah yang benar untuk dicapai.
Bagaimana
pun demikian, saya berpandangan tidak menyembunyikan poligami adalah
lebih kukuh dan kuat. Antara sebabnya secara ringkas :-
1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri.
Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri
kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam
dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.
Justeru,
tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang
terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar
dengan ujian ini.
2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan.
Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama
adalah suatu jenis ‘skill' dan ilmu yang membuktikan kelayakannnya untuk
membantu wanita Islam lain dengan mengahwininya. Dengan itu, lelaki
yang secara terbuka berpoligami adalah mereka yang cukup berilmu dalam
menangani dua isteri secara terbuka. Kelayakan ini pasti akan menyumbang
kepada kebijaksanaannya membahagikan peranannya sebagai suami kepada
dua orang wanita.
3) Ia juga merupakan suatu tanda keikhlasan dan kasih sayang suami kepada isteri pertama. Selain ia membawa tanda kejujuran dalam tingkah lakunya kepada isteri pertama dan kedua.
4) Berpoligami secara terbuka atau dengan pengetahuan isteri yang sedia ada juga merupakan amalan baginda Nabi Muhammad s.a.w.
5)
Amalan berpoligami secara terbuka juga mampu (dengan lebih berkesan)
untuk mengelakkan suami dari bergelumang dengan pembohongan.
Biasanya, lelaki yang bersembunyi akan ‘terpaksa' berbohong untuk ke
rumah isteri keduanya, ini menjadikan tahap iman dan islam suami tadi
semakin menurun kerana terlalu banyak berbohong dalam kehidupan
rumahtangganya.
6) Menyembunyikannya juga mendorong kepada berlakunya fitnah.
Ini kerana orang ramai tidak tahu bahawa ia telah berkahwin lagi dan
isteri pertama juga tidak mengetahuinya. Amat dibimbangi ada yang
terserempak di mana-mana akan menyangka ia sedang melakukan maksiat.
7) Menyembunyikan pernikahan kedua atau seterusnya adakalanya boleh mendorong kepada pernikahan tidak sah disebabkan tanpa izin wali kerana ia menyorokkannya dari pengetahuan umum.
Justeru
itu, bagi saya lelaki yang menyorok-menyorokkan perkahwinan kedua dan
seterusnya belum cukup layak berpoligami kerana dia belum punyai ilmu
yang cukup menangani dua wanita dalam hidupnya. Hanya selepas ia berjaya
menangani isteri pertama dan anak-anak, barulah ia benar-benar matang
dan berwibawa untuk membawa keadilan dalam berpoligami bersulamkan ilmu
rumahtangga yang baik.
Hasilnya,
pendapat peribadi saya, lelaki tersebut perlu menggunakan ilmunya untuk
menyakinkan isterinya yang pertama terlebih dahulu agar masalah-masalah
yang mendatang tidak berlaku selepas ini.
Jika
lelaki tersebut rapat dengan anak-anaknya, saya merasakan itu tidak
sepatutnya menjadi halangan kepadanya malah ia patut menjadi kelebihan
untuknya meyakinkan mereka dengan tindakannya untuk berkahwin lagi.
Terutamanya jika anaknya adalah anak lelaki, mungkin ia lebih mudah
untuk diterangkan.
Demikian pendapat ringkas saya, harap ianya dapat memberikan sedikit bantuan idea buat saudari.
Saya doakan agar semuanya dapat diselesaikan dalam keadaan baik dan yang dirancang.
sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
www.zaharuddin.net
3 November 2007
No comments:
Post a Comment