SOALAN
Assalamualaikum, ust, saya ada 1 soalan, apakah hukum
seseorang Islam bekerja di kilang membuat keranda orang bukan Islam yang terdapat
patung berhala pada keranda itu, dan adakah halal gaji yang kita dapat daripada
pekerjaan itu?...Terima kasih
JAWAPAN
Bagi menjelaskan
isu ini, asas yang perlu difahami adalah sama ada boleh atau tidak kita
bertugas dan membantu dalam pembuatan barang ibadah agama lain yang jelas
mensyirikkan Allah.
Tidak
dinafikan terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal sebegini sebagaimana
terdapat perbezaaan dalam menentukan hukum menjual sesuatu barang harus kepada
pembeli yang diketahui akan menggunakannya untuk tujuan haram. Namun secara
ringkas menurut pandangan saya, gaji inidivdu yang bertugas di tempat
sedemikian adalah syubhah.
Jika sekadar
membuat keranda, saya kira ia adalah nenutral dan HARUS kerana keranda hanyalah
satu kemudahan untuk mengebumikan mayat. Namun begitu, isu berbeza di ketika
wujudnya berhala atau apa-apa tanda kepercayaan agama selain Islam di keranda
tersebut seperti salib, gambar berhala yang disemabhnya dan sebagainya.
Apabila
invidu Muslim terlibat dalam pembuatan berhala atau simbol-simbol yang
diketahui adalah satu item mensyirikan Allah, gajinya dikira tidak bersih di
sisi Islam.
Adalah jelas
dari firman Allah larangan dalam membantu kemaksiatan Allah SWT berfirman:
Ertinya : ...
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab
seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." ( Al-Maidah : 2)
Sebuah hadis
menyebut :-
Ertinya :
"Barangsiapa yang mengulurkan bantuan untuk membunuh seorang Islam walaupun
dengan sepatah kalimah, ia akan bertemu Allah s.w.t di akhirat kelak dengan
tertulis di antara dua matanya, orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t"
( Riwayat Ibn Majah)
Hadis ini
jelas melarang sebarang kerjasama dari seorang Muslim Mukmin dengan apa sahaja
perbuatan dan pekerjaan yang tergolong dalam dosa, seperti membunuh dan mensyirikkan
Allah. Menyiapkan keranda yang mempunyai patung berhala dikira satu tugas yang
menyokong kesyirikan. Justeru ia perlu dijauhkan.
Nabi s.a.w
bersabda :-
Ertinya:
"Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya."
(Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih)
KESIMPULAN
Sekiranya
pekerja
Muslim hanya membuat keranda tanpa sebarang berhala dan tanda keagamaan,
menurut hemat saya ia adalah HARUS (seperti gambar hiasan coffin yang
disertakan di atas) kerana menjual item tersebut secara neutral.
Namun apabila keranda itu disertakan dengan ciri-ciri kesyirikan seperti
berhala, tulisan puja dan pujian tertentu kepada selain Allah, tatkala
itu
pendapatan pekerja Muslim akan tergugat kehalalannya. Wajarlah ia dengan
segera
menamatkan kerjaya di kilang sebegitu. Wallahu'alam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
30 Julai 2010
No comments:
Post a Comment